Muzium Diraja adalah sebuah bangunan istana lama yang pernah didiami oleh beberapa generasi Sultan Kedah. Pelbagai nama diberikan seperti Istana Kota Setar, Istana Mak Wan Besar, Istana Pelamin atau Rumah Pelamin. Istana ini siap dibina pada tahun 1735 ketika pembukaan Alor Setar sebagai pusat pentadbiran Negeri Kedah yang ke-8 oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azzam Shah II (1710-1778).
Ketika Perang Dunia Kedua, tentera Jepun pernah menduduki istana dan kemudiannya turut dijadikan ibu pejabat beberapa pertubuhan sebelum dibiarkan tanpa perhatian. Pada 1983, istana ini dibaikpulih dan dijadikan Muzium Diraja sempena dengan perayaan menyambut Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan dirasmikan oleh baginda pada 25 Julai 1983.
Kandungan pameran di sini antara lain mengetengahkan koleksi DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Koleksi KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim serta koleksi yang diperoleh daripada kerabat Diraja Negeri Kedah.

JavaScript must be enabled in order for you to use Google Maps.
However, it seems JavaScript is either disabled or not supported by your browser.
To view Google Maps, enable JavaScript by changing your browser options, and then try again.