Sejarah penubuhan Muzium Negeri Kedah bermula pada 3 Februari 1957 dengan dikenali sebagai Muzium Sejarah Kedah. Muzium yang bertempat di tingkat bawah Balai Besar, Alor Setar telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Tunku Ismail Bin Tunku Yahya, Menteri Besar Kedah. Pertambahan jumlah koleksi menyebabkan Muzium ini di pindahkan ke bangunan sendiri (bersebelahan bangunan baru muzium) di Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata pada 30 Disember 1961. Pada Julai 1964 Muzium Sejarah Kedah telah bertukar nama kepada Muzium Negeri Kedah.

Memandangkan sambutan baik dari orang ramai, Kerajaan Negeri telah bersetuju membina bangunan yang ada sekarang pada tahun 1997. Bangunan ini menempatkan dewan pameran, bengkel, perpustakaan dan mini theatrette. Selain dari itu kemudahannya turut dpertingkatkan dengan menyediakan lif, kafeteria, tempat letak kereta dan tandas awam.

JavaScript must be enabled in order for you to use Google Maps.
However, it seems JavaScript is either disabled or not supported by your browser.
To view Google Maps, enable JavaScript by changing your browser options, and then try again.